Thursday, December 9, 2010

Sesuatu Di Antara Waktu

Harta...
Pangkat...
Kedudukan...


    3 perkara diatas sering dijadikan ukuran kejayaan. Dalam praktiknya seringkali menjerumuskan kita manusia kepada kesesatan.


    Semoga Tuhan mengurniakan kita sikap berhati-hati serta waspada terhadap kejayaan, kerana orang yang diuji dengan kegagalan ternyata lebih mudah berhasil dibandingkan dengan mereka yang diuji dengan kejayaan. Ramai orang yang tahan menghadapi kesulitan tetapi tersangat sedikit orang yang tahan jika diuji dengan kemudahan. Ramai yang bersabar ketika tidak mempunyai harta, tetapi lagi ramai orang yang tidak mampu bertahan, tidak mampu bersabar, tidak mampu mengawal diri ketika dilimpahi harta yang menimbun. Ternyata, harta, pangkat, kedudukan atau apa sahaja yang dijadikan ukuran kejayaan seseorang, secara praktiknya sering menjerumuskan kita kepada kesesatan.


    Apakah sebenarnya kejayaan itu? Boleh jadi tiap orang punya pandangan, punya tafsiran sendiri mengenai kejayaan. Namun secara sederhana,, kejayaan atau sukses itu boleh dikatakan sebagai tercapainya sesuatu yang telah dirancang, yang telah diidamkan, yang telah diusahakan selama ini. dalam aspek agama, sukses bukan sahaja menyentuh kejayaan duniawi, tetapi menyentuh juga alam kehidupan yang lain. Apa yang saya faham, sukses itu mencakupi 5 perkara :-


PERTAMA:- 
   Jika aktiviti yang kita lakukan menjadi satu amal. Saya teringat forum Maal Hijrah yang saya dengar dari SabahFM  -walaupun saya bukan muslim,tetapi saya tertarik dengan hujah panelnya yang mengatakan kerja itu ibadat, kerja itu amal-...Jadi, apakah ertinya kita melakukan sesuatu kerja itu jika ianya tidak mempunyai nilai amal di dalamnya? Setahu saya, dalam apa jua agama pun mengajar kita supaya mengerjakan sesuatu kerja itu dengan ikhlas.


KEDUA:-
   Bila nama kita semakin baik, apakah ertinya kita memiliki wang yang banyak, harta yang banyak, memiliki kedudukan yang tinggi seandainya nama kita semakin "busuk"? Lihat dan selami kes-kes besar yang terjadi dalam negara kita sekarang. Contohnya sangat jelas. Terlibat dengan rasuah-memang jadi kaya, tetapi apa yang terjadi?Sama-sama kita fikirkan. Renungkan dari mata hati.


KETIGA:-
   Jika kita terus bertambah ilmu, pengalaman dan wawasan. Apa ertinya harta bertambah, pangkat naik tetapi pengetahuan masih di takuk lama?kata orang, tiada gunanya jika Facebook pun tidak tahu guna. Bila hal ini berlaku, kita akan 'terperangkap' dalam harta yang kita miliki. dan ada kemungkinan harta kita akan susut jika pengetahuan kita tetap tak berkembang.


KEEMPAT:-
   Kita disebut sukses jika kita mampu menjalin silaturrahim atau perhubungan yang baik dengan orang lain. Sekiranya bertambah saudara, bertambah sahabat, siapa yang akan senang?adakah akan bertambah susah,bertambah sukar jika kita punya saudara,punya sahabat yang ramai?


KELIMA:-
   Kejayaan kita akan lebih lengkap jika pekerjaan yang kita lakukan dapat memberikan manfaat yang besar kepada orang lain, kepada masyarakat. Semakin bermakna apa yang kita lakukan pada pandangan orang lain, maka semakin berjaya lah kita. Akan ada satu kepuasan yang tidak terhingga jika kita dapat memberikan sesuatu perkhiddmatan terbaik kepada masyarakat, kepada orang lain. Jika orang lain berasa puas hati dengan apa yang kita lakukan, maka semakin berjayalah kita.


   Pada hakikatnya, kejayaan itu milik semua orang. Yang menjadi masalahnya, tidak semua orang tahu bagaimana untuk mencapai kejayaan tersebut. Saya ambil dari beberapoa buku, bagaimana mencapai kejayaan itu :-


     1 : Berdoa kepada Tuhan - kita mempunyai agama masing-masing
     2 : Berakhlak baik 
     3 : Belajar tiada henti
     4 : Bekerja keras dengan cerdas dan ikhlas
     5 : Bersahaja dalam hidup - fikirkan dan renungkan apa maknanya
     6 : Bantu sesama manusia
     7 : Bersihkan hati sentiasa,jangan berburuk sangka


   Hanya ingin berkongsi apa yang terlintas. Sama-sama kita kongsikan.


Apa yang tertera, itulah yang dilihat. Saya menjadi pemerhati selama ini. Saya melihat semua apa yang saya tuliskan. Saya mengalami hampir semua apa yang saya tuliskan. Moga perkongsian akan lebih memudahkan kita mencapai kejayaan...:)

No comments:

Post a Comment