Friday, December 31, 2010

Tahun Baru Yang BAru la Kunun....

Nah....Tahun baru 2011 sudah kunun kita suma ni tau..kununlah kan....saya lihat tadi di kaca TV(saya kerja malam bah),sangatlah meriah sambutannya di Dataran Merdeka....Begitu sekali sambutan Tahun Baru ini...Tak kira siapa..tua,muda,lelaki dan wanita,semua berkumpul.Bersesak dan berhimpit hanya kerana satu sambutan...Sambutan Tahun Baru....

Dilihat dan diperhati,setiap kali sambutan tahun baru diadakan, maka akan adalah hiasan bom-bom buatan.Bunga api a.k.a mercun la tu..hahaha...anda mahu tahu berapa kos dalam letup-letupan yang dipertontonkan hampir dalam 20minit tersebut?Menurut sumber yang boleh dipercayai, ianya mencecah harga puluhan ribu ringgit, malah ada kemungkinan juga mencecah ratus ribu ringgit..Kan elok wang tersebut didermakan untuk mereka yang kurang upaya...ada jua pahalanya..Tapi berkaitan wang ringgit masih tidak menjadi hal...wang boleh dicari bah...Satu yang menjadi hal adalah -bunga api a.k.a mercun itu sendiri-...mungkin ianya dikendalikan oleh golongan profesional ketika majlis(majlis?)sambutan tahun baru itu..tetapi sedarkah kita apa impaknya terhadap golongan muda terutama golongan kanak-kanak?Kanak-kanak punya golongan akan melihat itui sebagai satu permainan yang menyeronokkan dan mencabar lalu apakah yang akan mereka lakukan?maka,esok lusanya, akan terpampanglah di dada-dada akhbar ada kanak-kanak putus tangan la,kepala pecah la....haaa...salah siapa?

Kita masih berlegar pada topik tahun baru..Ingin saya bertanya,pada bulan berapakah pada tahun yang baru saja berlalu itu kita kecoh dengan isu pembuangan bayi?banyak kes terpampang di dada-dada akhbar tempatan(tak kira la akhbar semenanjung,Sabah,Sarawak) tentang kes pembuangan bayi ini terjadi pada bulan september yang lalu kan...hahaha...cuba kau renungkan dan pikirkan kenapa saya mengaitkan perkara ini dengan tahun baru...kau masih tak tahu?kembali kepada sains tingkatan tiga...itu pun kalo ko penah belajar sampai tingkatan 3 la....kalo tidak,coba kau lihat berapa lama kaum hawa ini mengandung...nah..keluar sudah bahasa ini...huhu....9 BULAN...diulang....SEMBILAN BULAN....means?bila ianya dilakukan?sembilan bulan sebelum bulan september yakni bulan 1 a.k.a Januari...sambutan Tahun Baru yang sangat diagung-agungkan.....hahaha...tidak mahu mengulas lebih lanjut...pikir dan renungkan sendiri...kau ada otak jua bah....:)kau mau bukti saya cakap macamni?hahaha...ada juga pengalaman pergi sambut new year di dataran merdeka pada tahun 2005...nah..pagi esoknya,kau tahu apa jenis sampah terbanyak di kawasan dataran merdeka itu?kondom terpakai....hahhhh....Sebut pasal kondom,tentu kau cakap ada protection maa...manada pregnant punya...hahaha....tajamkan akalmu...kondom tu buatan manusia...semua benda tidaklah perfect...tu baru kondom..kemudian ditemui juga bra,seluar dalam a.k.a spender a.k.a underwear berbagai jenis...apa maknanya?hahaha...sama-sama kita pikirkan...:)

Haaa....apa lagi kau mau tau pasal ini tahun baru ini?kunun mo azam baru la,mo melupakan apa yang terjadi pada tahun lalu la....hahaha....ini yang selalu saya dengar...diabilang,lupakan yang lalu-lalu...tumpukan perhatian ke depan...supaya kunun lebih berjaya...hohoho...bagi saya,itu NONSENSE!!!!!!!!!!!kau mau kasi lupa itu masa lalu kau biarpun ianya melukakan kita?hahaha.....saya mau ketawa oo....kau mau kasi lupa itu pengalaman-pengalaman pahit kau?jangan...iya...saya cakap jangan...itu sangat penting dalam menempuh kehidupan yang masih belum pasti...yang sudah dilalui itu sudah pasti tetapi yang akan dilalui?adakah ianya pasti?jadi,pada saya, pengalaman lalu biarpun ianya pahit ka,manis ka,pait manis ka,tetap berguna...jadikan pengajaran di masa hadapan..jadikan sempadan..jangan ulangi jika ianya dirasakan satu kesilapan...tetapi jika ianya satu formula untuk berjaya,teruskan.....maka,tu la sebab saya tidak setuju itu pengalaman yang lalu-lalu kunun dilupakan...hahah...

Sambutan tahun baru yang keterlaluan sebenarnya mengundang banyak masalah. apalagi bila yang menyambutnya suka mabuk-mabukan...nah kau...mabuk sudah kalo,jangan drive itu kereta...eksiden kalo,siapa susah? 1st, kau sendiri susah...kemudian, orang yang tulung kau pigi hospital pun susah..bila kau sudah di hospital,petugas hospital pila yang kau susahkan(pengalaman merawat orang mabuk-sangat tidak siok),bila kau sudah dirawat,itu lah time ko menyusahkan pula keluarga kau...banyak pihak terlibat...nah..kau mau sambut dan lalui ini tahun 2011 dengan patah tangan,kudung tangan,patah n kudung kaki?bagus kalo mau eksiden time sambut tahun baru,terus pigi mati kan...1kali saja....tidak banyak kali susah...hahaha...kejamnya saya ni....

belum habis lagi cerita tahun baru ni...tapi saya kena siapkan tugasan dalam wad dulu...nanti saya update lagi,siap dengan gambar-gambarnya ya....

1 comment:

  1. bila bercerita pasal tahun baru..bunga api mmg menjadi satu tradisi untuk pertonton kan kepada kita..kenapa dan mengapa?ianya untuk meraihkan hari yang bersejarah melangkah ke alam yg baru..apalah sangat kos bunga api itu berbanding
    kegembiraan yg d pamerkan oleh suma rakyat malaysia yang sanggup berpusu2 bersesak2..hanya kerana mahu menikmati keindahan bunga api..kepenatan berkerja selama setahun akan tebayar..hanya gara2 kemeriahan sambutan yang d sediakan..

    bila bercerita pasal thn baru pula..azam baru itu mmg perlu..bukannya perkara mengarut..tapi ianya adalah perkara yg wajib perlu ada d dalam diri seseorang yg mahu maju..tajamkan akal?maka luaskan pemikiran..bila seseorang berkata mahu melupakan perkara yg lalu..bermakna orang itu punya matlamat untuk meneruskan hidup dengan pengalaman pahit yang pernah d tempuhi..

    oleh itu..sambutan tahun baru juga memberikan impak yang mendorong kita kepada kehidupan yg lebih optimis juga kreatif..pengalaman yg ada..akan mengajar kita lebih berhati2 dalam menjalani hidup ini..maka "awaskanmu"?me lebih suka "bersangkabaik"..cheerio:)

    ReplyDelete