Thursday, January 20, 2011

Update Sambutan Tahun Baru.......Latest update......

Saya rasa seronok apabila ada pembaca yang meninggalkan komen yang kurang saya setujui...hahaha...yalah...menulis dalam blog bukannya bermakna kita betul..orang tegur kita bukannya bermakna orang tu salah dan kita betul atau kita salah danorang tu betul...kebebasan individu untuk menyuarakan pendapat kan...


sekarang,saya menjawab apa yang telah ditinggalkan oleh cik Iko...:)

1) bila bercerita pasal tahun baru..bunga api mmg menjadi satu tradisi untuk pertonton kan kepada kita..kenapa dan mengapa?ianya untuk meraihkan hari yang bersejarah melangkah ke alam yg baru..apalah sangat kos bunga api itu berbanding 
kegembiraan yg d pamerkan oleh suma rakyat malaysia yang sanggup berpusu2 bersesak2..hanya kerana mahu menikmati keindahan bunga api..kepenatan berkerja selama setahun akan tebayar..hanya gara2 kemeriahan sambutan yang d sediakan..


hahaha...saya tak salahkan rakyat malaysia yang suka menonton pertunjukkan bunga api yang dilaksanakan setiap tahun baru menjelma..biasalah itu kan... tapi kurang berbaloi la jika banyak wang terbuang dalam aktiviti membakar bom ini....tapi, Saya ada sebutkan juga pada entri sebelum ini yang wang bukan jadi hal...wang boleh dicari...yang saya tekankan disana adalah BAGAIMANA JIKA BUNGA API a.k.a MERCUN ITU dibuat sebagai permainan bagi kanak-kanak yang belum tahu apa-apa tentang bahaya bermain bunga api?tak cukupkah kita dengan berita-berita yang mengisahkan kanak-kanak putus tangan,buta,putus jari,melecur bahkan sehingga ada yang maut ekoran letupan bunga api tersebut?hahaha......itu yang harus kita fikirkan...jika kita ada anak sendiri (saya belum ada anak tapi punya ramai anak buah),tega kah kita,sanggupkah kita menangisi pemergian mereka dengan cara yang tidak disangka-sangka?
yang kita semua tahu,bunga api a.k.a mercun ini bukan hanya didapati semasa sambutan tahun baru tetapi pada masa-masa perayaan yang lain...jika tersilap sasaran,terkena rumah kita,bukankah ianya boleh menyebabkan kebakaran?kebakaran menyusahkan banyak pihak...siapa yang susah?hahaha...kita boleh pikirkan sendiri....


2)bila bercerita pasal thn baru pula..azam baru itu mmg perlu..bukannya perkara mengarut..tapi ianya adalah perkara yg wajib perlu ada d dalam diri seseorang yg mahu maju..tajamkan akal?maka luaskan pemikiran..bila seseorang berkata mahu melupakan perkara yg lalu..bermakna orang itu punya matlamat untuk meneruskan hidup dengan pengalaman pahit yang pernah d tempuhi..

hahaha....minta maaf jika dalam entri sebelum ni,saya ada mengatakan azam baru itu mengarut....my fault...tidak meneliti apa entri yang ditulis....tetapi saya adalah sangat tidak setuju andainya kisah silam yang pahit itu dilupakan begitu saja...andainya tiada masa silam,aakah masa hadapan akan wujud?kemodenan yang kita kecapi hari ini adalah berpunca dari masa lalu....jika kita melupakan masa lalu yang entah pait,pait manis itu, maka bagaimana dengan masa depan?Yang akan kita lalui nanti?kita mahu mengulangi masa lalu yang pahit sekali lagi jika yang lalu-lalu itu telah dilupakan?hahaha......


3)oleh itu..sambutan tahun baru juga memberikan impak yang mendorong kita kepada kehidupan yg lebih optimis juga kreatif..pengalaman yg ada..akan mengajar kita lebih berhati2 dalam menjalani hidup ini..maka "awaskanmu"?me lebih suka "bersangkabaik"..cheerio:)

hahahaha.....yang ini no komen....:)

No comments:

Post a Comment